Datuk bandar disyaki konco kartel dadah diberkas

Mexico Datuk1 scaled

GAMBAR fail Jose Murguia Santiago. – Foto Jose Murguia Santiago/Facebook

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang datuk bandar di barat Mexico ditangkap sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kem latihan kartel dadah, kata seorang pegawai kerajaan persekutuan.

Pegawai itu mendakwa bahawa  rekrut-rekrut di kem latihan itu diseksa atau dibunuh jika mereka enggan bekerjasama. 

Beliau berkata, kartel dadah Generasi Baharu Jalisco menggunakan ladang di negeri Jalisco untuk melatih lelaki-lelaki bersenjata.

Menurut sumber itu, Datuk Bandar Teuchitlan, Jose Murguia Santiago ditangkap sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwa raya mengenai kemungkinan atau keterlibatan pihak berkuasa dengan kartel dadah.

Santiago telah ditangkap petang kelmarin, demikian  menurut rekod tangkapan kerajaan persekutuan.

Pada bulan Mac lalu, tulang-tulang dan pakaian manusia ditemukan di sebuah ladang di bandar Teuchitlan.

Ia pernah dianggap oleh pertubuhan hak-hak asasi Human Rights Watch sebagai tapak pembunuhan beramai-ramai yang mengejutkan rakyat Mexico, negara di mana  pembunuhan dan penculikan berlaku hampir setiap hari. – AFP