Tinggal sehelai sepinggang rumah pusaka musnah terbakar

Sharimah sayu melihat rumah pusakanya di Kampung Batang Benar musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran tengah malam semalam. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

Sharimah sayu melihat rumah pusakanya di Kampung Batang Benar musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran tengah malam semalam. – Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – “Api marak dengan cepat, kami tak sempat selamatkan apa-apa, hanya fikirkan keselamatan diri”. Demikian luahan ibu tunggal, Sharimah Alias, 57, apabila rumah pusaka separuh papan yang dihuni bersama anak dan cucu di Kampung Batang Benar, di sini musnah dalam kebakaran pada tengah malam semalam.

Menurutnya, ketika kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, dia bersama tiga anak berusia 34,30 dan 22 tahun serta empat cucu berusia 13,10,7, dan bayi lima bulan sedang tidur di bilik masing-masing.

“Anak perempuan sulung saya terdengar bunyi meletup dari arah dapur. Sebaik dia bangun dan keluar dari bilik, kelihatan api sudah marak dan terus menjerit memanggil saya dan cucu lain untuk menyelamatkan diri kerana api semakin marak,”katanya ketika ditemui di Kampung Batang Benar di sini hari ini.

Sharimah berkata, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan dalam tempoh 10 minit api terus marak sekali gus memusnahkan rumah pusakanya yang telah didiami sejak 32 tahun lalu mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000. – https://amiminerals.org/