MELAKA – Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) didakwa menjadi mangsa buli di GiatMara Durian Tunggal, Melaka sehingga mencetuskan kemarahan netizen selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Pendedahan itu dibuat seorang pemuda menerusi rakaman berdurasi dua minit yang memaparkan dirinya berbual dengan mangsa di gelanggang badminton sebelum pelajar OKU terbabit meluahkan perasaan.
“Dipendekkan cerita, agak mengejutkan bila kawan baru aku ini yang merupakan OKU lembam pembelajaran menjadi mangsa buli. Semua dakwaan itu ada disertakan bersama video sebagai bukti.
“Dia tengah tidur kena baling botol, tengah belajar budak-budak ini angkat motor dia simpan dalam sangkar. Bila kes ini melibatkan OKU, orang yang buli itu memang pengecutlah,” dakwanya menerusi rakan video berkenaan. – https://amiminerals.org/