Lelaki tanam bahan letupan di kubur abang

China letup

GAMBAR fail seorang lelaki yang menanam bahan letupan di kubur abangnya. – Foto Sing Tao Daily

BEIJING – Seorang lelaki di China secara rahsia menanam bahan letupan di kubur saudara kandungnya di China, lapor portal berita MSNews semalam.

Bahan letupan itu kemudian meletup dan membunuh tiga anak saudaranya ketika mereka memberikan  penghormatan kepada si mati.

Kejadian berlaku pada 31 Januari tahun lalu ketika tiga adik-beradik perempuan dari wilayah Hebei melawat kubur bapa mereka semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut akhbar Oriental Daily, lelaki itu telah dijatuhi hukuman mati tetapi  sedang merayu hukuman tersebut.

Tindakan lelaki itu didorong oleh perselisihan faham panjang dengan abangnya.

Pergaduhan itu berpunca daripada masalah perebutan tanah. – AGENSI