Perak lihat potensi guna kenderaan EV

WhatsApp Image 2025 05 02 at 7.24.09 PM

Saarani melawat Poin Pengecas Kenderaan Elektrik, pada Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Poin Pengecas Kenderaan Elektrik antara TNB dan CMSB.-Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Bakal menjadi pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) terbesar negara, Perak tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan EV sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan itu akan dinilai dari semasa ke semasa selari dengan corak penggunaan kenderaan jenis tersebut.

“Belum ada ketetapan rasmi. Kita lihat bagaimana. Tidak mustahil, sebab itu adalah trend sekarang untuk mengurangkan pembebasan karbon.

“Kalau seluruh dunia begitu, takkan Perak mahu ketinggalan. Kita akan ikut,”katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman kerjasama Casuarina Meru Sdn. Bhd. (CMSB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini.

Terdahulu, Saarani menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik CMSB yang merupakan anak syarikat milik penuh Perak Corporation Berhad di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dab TNB bagi pemasangan fasiliti pengecas EV di Hotel Casuarina Meru.

Saarani melihat kerjasama itu penting bagi menambah baik kemudahan untuk pengguna EV, sekali gus menyokong pertumbuhan pelancongan mesra alam di negeri ini. – https://amiminerals.org/