Pemandu Hilux maut rempuh lori sampah, Hyundai Starex

2af9f982 01af 4e71 8aa9 f3158ac34cd3

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Toyota Hilux dalam nahas melibatkan tiga kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Trolak, Tanjung Malim semalam. – FOTO IHSAN JBPM PERAK

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki berumur 27 tahun maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Hilux, lori muatan sampah dan Hyundai Starex berhampiran sebuah stesen minyak di Trolak di sini pada pukul 5.19 petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang memandu Toyota Hilux tidak dapat mengawal kenderaannya sebelum melanggar lori sampah dan Hyundai Starex itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah kerana tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya di sini hari ini.

Difahamkan, pemandu lori dan Hyundai Starex tidak mengalami sebarang kecederaan. – https://amiminerals.org/