Warga Jepun sedih nasib Perak FC

WhatsApp Image 2025 05 02 at 10.21.16 AM

Miyauchi sedih dengan nasib yang menimpa Perak FC.

IPOH – Nasib malang menimpa Perak FC, turut mengundang rasa sedih seorang rakyat Jepun yang menyokong pasukan The Bos Gaurus.

Ichiro Miyauchi yang tinggal di wilayah Shizuoka, Jepun, berkata beliau terkejut dan agak sukar untuk menerima perkhabaran tersebut.

“Sangat sedih. Sukar untuk menerima kelab yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun akan hilang,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Pada minggu lalu, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan keputusan oleh pengurusan Perak FC untuk tidak lagi meneruskan saingan dalam Liga Super akibat tekanan kewangan.

Ichiro jatuh cinta kepada pasukan Perak sejak 1998 sewaktu dirinya kerap datang ke Ipoh atas urusan kerja.

Menerusi laman media sosialnya, Ichiro turut memuat naik gambar koleksi jersi Perak yang dimilikinya bagi mengambarkan perasaan beliau terhadap nasib pasukan Seladang. – https://amiminerals.org/