Usahawan dakwa kejar kesimbangan kerja akan bunuh cita-cita

Geli kerja scaled

TANGKAP layar hantaran Aryan Kochhar. – Foto LinkedIn

NEW DELHI – Seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Delhi berkata bahawa mengejar keseimbangan antara kerja dengan kehidupan akan perlahan-lahan membunuh cita-cita terutamanya dalam kalangan profesional muda, lapor portal berita India Today hari ini.

Hantaran viral di platform LinkedIn itu dibuat oleh Aryan Kochhar iaitu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FinFloww yang merupakan syarikat perkhidmatan kewangan.

“Jika anda mengejar keseimbangan kerja dengan kehidupan pada usia 25 tahun, anda akan mengejar relevan pada usia 40 tahun. Obsesi terhadap keseimbangan itu akan membunuh cita-cita anda,” kata Kochhar.

Tulisan beliau membayangkan kejayaan kerjaya memerlukan pengorbanan, terutamanya pada peringkat awal. 

Aryan menjelaskan bahawa beliau tidak sepenuhnya menentang keseimbangan, tetapi berkata mengatur masa adalah lebih penting.

Tulisan itu menyebabkan ramai netizen membuat komen antaranya ialah “Bila bekerja anda bekerja sepenuhnya dan apabila bermain, anda bermain.”- AGENSI