Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato\’ Onn. Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan).
KUALA LUMPUR, 30 April (Iteenews) — Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning memperlihatkan peningkatan sokongan pengundi Melayu, pelbagai kaum dananak muda terhadap UMNO.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkatakemenangan itu juga membuktikan rakyat menolak politik perkauman, kebencian, maki hamun serta mainanpersepsi seolah-olah Islam dan Melayu terancam.
"UMNO juga mengucapkanterima kasih kepadajentera parti-parti komponenBarisan Nasional (BN)dan Sahabat BN, juga rakan-rakan daripada Pakatan Harapan yang bekerja keras memenangkancalon BN.
"UMNO menzahirkan ucapan penghargaan danterima kasih kepadaseluruh pengundi DUN Ayer Kuning atas kepercayaan dankeyakinan mereka kepada UMNOdan BNsehingga memungkinkan kemenangan dengan majoriti besar di semua pusat daerah mengundi kecuali satu," menurutnya dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.
Pada PRK DUN Ayer Kuning 26 April lepas, BN mempertahankan kerusi itu apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, memperoleh kemenangan dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru menewaskan calonPerikatan Nasional Abdul Muhaimin Malek dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia.
Asyraf Wajdi juga berkata buat julung kalinya, Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO akan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-79 parti itupada 11 Mei inidi Dewan Tun Hussein Onn, WTC.