JAKARTA – Seorang pemandu lori di Indonesia berdepan detik seram apabila dia diganggu puntianak ketika menggantikan tayar yang pancit, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lambeturahofficial menunjukkan lelaki itu sedang menggantikan tayar lorinya di tepi jalan yang sunyi dan gelap.
Situasi tenang berubah cemas apabila dia mendengar suara mengilai dari jarak dekat.
Dalam keadaan panik, lelaki itu bukan beristighfar, sebaliknya membaca doa makan.
Bahkan, dia tidak boleh melarikan diri kerana tayar baharu itu masih belum dipasang.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Puntianak gelak sebab baca doa makan,” kata seorang netizen.
“Kalau suara dekat, maksudnya puntianak itu jauh,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI