TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tiba membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning pada pukul 8.20 pagi tadi.
Abd. Muhaimin Malek , 44, tiba di pusat mengundi itu ditemani isteri, Rabiah Abdul Aziz, 44, bersama-sama pimpinan PN Negeri dan selesai membuang undi kira-kira 20 minit kemudian.
“Saya berharap supaya pengundi dapat keluar awal mengundi dan berterima kasih kepada SPR kerana menyelia proses ini dengan baik,”katanya di sini pagi ini.
Penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Merdeka Tapah dan keputusan rasmi dijangka diketahui seawal pukul 9 malam. – https://amiminerals.org/