DBKL sita meja, kerusi diletak di laluan awam

WhatsApp Image 2025 04 26 at 10.39.34 1

Anggota penguat kuasa DBKL menyita kerusi dan meja yang diletakkan oleh peniaga di laluan awam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita kerusi dan meja yang diletakkan oleh peniaga di pesiar kaki atau laluan awam di lokasi tumpuan ramai malam tadi.

Tindakan sitaan itu dilakukan di sekitar Jalan Gading, Jalan Changkat Thambi Dollah, Jalan Brunei dan Jalan Bukit Bintang di ibu negara.

“Sebanyak 10 tindakan sita telah dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, payung, pakaian serta lain-lain peralatan,”kata DBKL dalam satu kenyataan hari ini

Menurut DBKL, semua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Kata DBKL tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,”kata DBKL. – https://amiminerals.org/