PETALING JAYA – Jeritan ‘Ya Allah’ oleh ketua juruterbang dan pembantu juruterbang antara rakaman detik akhir semasa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa pada tahun lalu.
Detik-detik tersebut dirakamkan pada perakam suara kokpit pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28JV yang mana transkrip tersebut dinyatakan dalam laporan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu menyebut, rakaman pada kokpit pesawat adalah bermula pada 06:18:23.0, manakala transkrip bermula pada 06:44:30.9 serta berakhir pada 06:49:11.5.
Antara transkrip yang dikongsikan pada laporan itu seperti pada 06:49:00.0 iaitu suara pembantu juruterbang ‘woah woah woah woah woah woah woah woah. What’s going on?’ (apa yang terjadi).
Selain itu pada 06:49:10.2 menunjukkan transkrip suara pembantu juruterbang ‘oihhh… oihhh oihh’
Kemudian pada 06:49:11.2, transkrip suara ketua juruterbang yang menjerit ‘Ya Allah’, diikuti oleh jeritan pembantu juruterbang ‘Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah’. – Iteenews