Pencuri motosikal dibebaskan, dimaafkan mangsa demi isteri 

geli bebas

Tangkap layar menunjukkan Subur melakukan sujud syukur sambil menangis ketika dibebaskan. – Instagram @undercover.id

JAKARTA – Seorang pencuri motosikal di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas dibebaskan daripada hukuman selepas dimaafkan oleh mangsa, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @undercover.id, lelaki bernama Subur itu membuka baju tahanan yang dipakai. 

Dia kemudian melakukan sujud syukur sambil menangis sebagai tanda bersyukur atas pembebasan itu. 

Subur mengaku melakukan jenayah itu pada 20 Jun lalu, demi membiayai isterinya yang sedang hamil anak pertama. 

Menurut polis tempatan, mangsa nekad memaafkan pelaku disebabkan rasa kasihan dan prihatin kepada isterinya.

“Alhamdulillah. Dia (mangsa) prihatin terhadap keadaan pelaku yang ‘sempit’. Rupa-rupanya isterinya sarat hamil sembilan bulan,” kata polis kepada wartawan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *