Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pupuk Prinsip Cintakan Negara Secara Berterusan

KUALA LUMPUR, 22 April (Iteenews) — Jalur Gemilang yang tersemat pada seragam pelajar sekolah sejak semalamdiyakini bakal menjadi pemangkin terbaharu dan terbaik ke arahpenyemaian semangat cinta dan sayangkan negara khususnya dalam kalangan generasi muda.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata inisiatif lencana Jalur Gemilang itu biarpun hanya sekadar imej kecil pada seragam sekolahnamunmemainkan peranan yang sangat penting apabila pemakaiannya secara harian bukan sekadar membangkitkan rasa bangga pelajar pada negara.

Beliau berkata ia juga mampu mengutuhkan lagi semangat patriotisme pelajar yang dipupuk secara tidak langsung menerusi pendekatan simbolik, psikologi dan pendidikan nilai selain dilihat memainkan peranan penting merapatkan lagi jalinan kebersamaan antara kaum.

Ad Banner

“Jalur Gemilang ini adalah simbol kebanggaan anak-anak kita untuk mereka cintakan negara, jadi apabila mereka pakai hari-hari, mereka akan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia dan inilah bendera mereka. Apabila mereka menjadi duta kecil negara bertanding di mana-mana di peringkat dunia, mereka bawa bendera Malaysia mewakili negara.

“Keduanya sudah pasti berkaitan dengan bagaimana kita hendak memperkukuh perpaduan rakyat Malaysiasepertimana yang tersurat dalam imej Jalur Gemilang ada 13 negeri dan ada satu Wilayah Persekutuan, itulah sebenarnya solidariti kita sebagai rakyat Malaysia untuk kita sama-sama terlibat secara langsung bagi memperkukuhnegara pada masa akan datang,” katanya.

Azman berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan di Iteenews TV malam ini

Mengulas lanjut, beliau berkata pemakaian lencana Jalur Gemilang juga secara psikologinya jika diamalkan sejak kecil sertadigabungkan dengan nyanyian lagu 'Negaraku'serta 'Ikrar Rukun Negara'setiap hari, sudah pasti menjadi manifestasipada diri pelajar akan tanggungjawab dan peranan mereka sebagairakyat Malaysia.

“Jadi ini dapat kita semai melalui perlakuan berulang daripada kanak-kanak hinggalahdewasa, ia akan dapat menjadi manifestasi fizikal dan juga lisan tentang bagaimana kita zahirkan rasa hormat, rasa cinta dan tanggungjawab kita kepada negara yang bukan sekadar teori tetapi juga amali,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar akan dilaksanasecara berperingkat di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya, yang bermula semalam.