PRK Ayer Kuning: Teruja undi kali pertama sebagai penjawat awam

d27b1838 0be6 4b2b b971 333e596bb869

MUHAMMAD AZIZIE telah mengundi seawal pukul 8.20 pagi tadi di pusat pengundian awal Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini.

TAPAH – Seorang anggota polis, Konstabel Muhammad Azizie Haqqiem Azman, 22, teruja mengundi kali pertama sebagai penjawat awam di pusat pengundian awal Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pagi ini.

Beliau telah melaksanakan kewajipannya itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning seawal pukul 8.20 pagi tadi.

“Pertama kali mengundi awal jadi agak gementar sikit tetapi perlu sedar menunaikan kewajipan untuk negara.

“Selain itu, golongan muda perlu menunjukkan contoh dengan datang awal untuk mengundi bagi kemajuan ekonomi dan masa depan negara,”katanya.

Tinjauan mendapati, sebaik sahaja pusat pengundian dibuka, secara konsisten beberapa anggota polis telah memilih bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Hanya satu saluran disediakan di dewan ini dan berdasarkan data daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 27 anggota polis serta pasangan mereka akan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal.

Pusat mengundi ini dijangka akan ditutup pada pukul 12 tengah hari ini kerana jumlah pemilih yang sedikit. – https://amiminerals.org/