Guru gunting uniform pelajar dikecam

guru gunting uniform

Guru berkenaan menggunting baju pelajar di sekolah. – Tangkap layar

JAKARTA – Seorang guru  di wilayah Jawa Tengah mengundang kecaman pengguna media sosial kerana menggunting uniform seorang pelajar, lapor laman berita Jawa Post semalam.

Dalam video yang dimuat naik di laman sosial itu, seorang guru wanita dilihat menggunting pakaian seragam pelajar di sekolah.

Baju itu digunting di bahagian belakang dan lengan, selain seluar pelajar turut digunting.

Menurut laporan, tindakan itu dibuat kerana pelajar berkenaan memakai uniform dengan tidak mengikut peraturan.

Video itu menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial dengan ada yang menyokong tindakan tersebut, malah ada yang mengkritik.

“Jika enggan mengikuti peraturan sekolah, sila belajar sendiri,” kata seorang netizen.

“Benar tetapi janganlah sampai merosakkan pakaian orang lain,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI