PRK Ayer Kuning: 500 Anggota Polis Bersama Pasangan Undi Awal Esok

4d408eb4b3e528b634b663a5010d87796805db2938727 Mohammad Shahir Mohammad ed2e62385be7a9a5a066c99f081b482d6805d90eb9cab

TAPAH, 21 April (Iteenews) — Seramai 500 anggota polis bersama pasangan masing-masing akan mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, esok.

Penolong Pegawai Pengurus (Undi Awal) PRK tersebut, Mohammad Shahir Mohammad berkata sebanyak tiga saluran akan dibuka di dua pusat pengundian, iaitu Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, dan Dewan Rekreasi APR Transit, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.

Beliau berkatapusat pengundian awal di Batalion 3 PGAdibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang, manakala pengundian di IPD Tapah akan ditutup pada pukul 12 tengah hari.

“Proses pengundian awal esok akan melibatkan seramai 18 petugas, termasuk tiga anggota polis pengiring,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan semakan peralatan dan peti undi awal di pusat pengumpulan undi di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Mohammad Shahir berkatasebanyak 82 anggota polis akan mengundi secara pos.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April inidiadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.

PRK tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.