PRK Ayer Kuning: Jentera BN Diingat Hayati Formula \”ABCDE\”

00fe232145a3b8ac5eb2ae2ac69cd02b66e2e72f0e764Datuk Seri Ahmad Maslan

TAPAH, 21 April (Iteenews) — Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk menghayati formula “ABCDE” pada fasaakhir kempenPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua Sekretariat War Room UMNODatuk Seri Ahmad Maslan berkataformula itu, merangkumi lima elemeniaitu (A) aktiviti kempen yang konsisten, (B) kerjasama bersepadu dalam kalangan jentera, (C)calontepat dan berwibawa, (D) data pengundi yang lengkap dan terperinci serta (E) kawalan emosi yang matang sepanjang tempoh berkempen.

“Formula inisekiranya diamalkan, bakalmenjadikunci kejayaandalam mana-mana pilihan raya,” katanya kepadaIteenewsketikaberkempen bersama calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram Mengkuang di sini hari ini.

Ahmad berkata jentera parti juga perlu memastikanpengundi tanpa mengira latar belakang kaum keluar mengundi pada 26 April ini, kerana setiap undi penting dalam memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning.

PRK itumenyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.