5 selebriti tempatan dedah pernah disihir

WhatsApp Image 2024 08 16 at 16.42.45 528ebdec

Lima selebriti tempatan pernah bercerita secara terbuka tentang amalan sihir atau ilmu hitam yang menimpa mereka.

MENURUT Dewan Bahasa Dan Pustaka, sihir membawa maksud perbuatan atau kejadian luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara sembunyi (ghaib) melibatkan makhluk halus. 

Amalan sihir merupakan perbuatan yang dilarang bagi umat Islam. Bahkan dalam al-Quran juga jelas mengatakan perbuatan sihir hanya akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT menerusi surah al-Falaq ayat 4. 

Ayat diterjemahkan sebagai: ‘kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)’. 

Bagaimanapun masih ada yang sanggup membelakangkan agama dengan melakukan perbuatan terkutuk itu semata-mata rasa tidak puas hati, dengki dan dendam. 

Golongan selebriti juga tidak terkecuali menjadi sasaran perbuatan tidak bermoral itu sehingga menjejaskan kehidupan seharian dan kerjaya. 

Gala minggu ini merangkumkan beberapa selebriti tempatan yang pernah berhadapan kejadian misteri melibatkan perbuatan sihir. 

WhatsApp Image 2024 08 16 at 16.48.27 ccce9153

Datuk David Teo 

Bukan sekadar artis, hidup penerbit David Teo juga pernah  diselubungi misteri apabila menjadi mangsa sihir ahli keluarga terdekat. 

Kejadian seperti sukar tidur malam, hilang semangat kerja, kuat makan dan sentiasa fikir mahu mati antara simptom dialami David.

Peristiwa hitam yang berlaku pada 2018 itu bermula seminggu selepas bapanya meninggal dunia. 

Berikutan kejadian itu, seleranya berubah apabila tiba-tiba menjadi penggemar telur setengah masak sehingga mampu menghabiskan 10 biji dalam satu masa. 

Hairan dengan perubahan itu, David segera bertemu pengamal perubatan Islam bagi mendapatkan bantuan.

 Agak mengejutkan apabila ustaz yang merawatnya mengatakan dia berada dalam bahaya akibat terkena sihir dan santau lintah.  

David juga tidak menyangka konflik keluarga menyebabkan ada dalam kalangan mereka sanggup ‘menghantar’ sihir dipercayai dari Indonesia. 

DATUK AISHAH scaled
KUALA LUMPUR 18 JULAI 2024 – Penyanyi, Datuk Aishah bergambar pada sidang akhbar rakaman semula lagu “Di Pinggir Kayangan” di Restoran Rebung Chef Ismail di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: FAIZAL / HANISAH

Datuk Aishah

Penyanyi senior Datuk Aishah mendedahkan pernah berdepan pengalaman gangguan mistik sepanjang lebih empat dekad dalam industri hiburan. 

Berbekalkan semangat, Aishah bersyukur dia mampu mengharungi segala dugaan yang berpunca daripada hasad dengki manusia antaranya santau, busung dan turun darah berbulan-bulan lamanya. 

Beliau yang kini berusia 59 tahun memaklumkan kejadian mistik itu berlaku kepadanya sejak berumur 16 tahun. 

Trauma dengan situasi itu, Aishah berat hati menyertai sebarang program hiburan berbentuk pertandingan di Malaysia. 

SHIMA TERINGIN

Shima 

Penyanyi popular era 1990-an, Shima sebelum ini pernah mendakwa dirinya dihantui gangguan sihir yang dihantar individu tidak bertanggungjawab. 

Berkongsi kejadian itu pada 2019, Shima tidak menolak kemungkinan penyakit misteri yang menyebabkan dia tidak boleh berjalan berpunca  daripada perbuatan sihir itu. 

Bukan sahaja memberi kesan terhadap tahap kesihatannya, gerai makanan yang diusahakan juga terpaksa ditutup dipercayai gara-gara ilmu hitam.

Lebih memilukan apabila enam kucing peliharaannya mati secara berturut-turut sehinggakan doktor sendiri tidak tahu apa puncanya. 

WhatsApp Image 2024 08 16 at 16.48.32 7dc31a96

Andi Bernadee 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Donde iaitu Andi Bernadee juga pernah menjadi mangsa sihir sekitar tahun 2021. 

Gangguan sihir itu memberi impak besar bukan sahaja membabitkan kerjaya bahkan tahap kesihatan mentalnya juga terjejas. 

Keadaan semakin teruk apabila dia sukar menghafal skrip dan hilang daya ingatan singkat. 

Selain itu, dia turut berdepan beberapa kejadian aneh termasuk paku karat ditarik dari tekaknya dan katak kering ditemui atas bumbung rumah. 

SHIHA ZIKIR scaled

Shiha Zikir 

Pada Jun lalu penyanyi Shiha Zikir mendedahkan pernah menjadi mangsa sihir apabila restoran miliknya telah ‘ditutup’ dipercayai akibat perbuatan mistik. 

Pelanggan yang ingin ke kedai makannya di Shah Alam, Selangor sering mengadu dan bertanyakan mengapa premis berkenaan kerap tutup sedangkan restoran masih beroperasi. 

Menyedari perkara itu, Shiha segera mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *