Suami senyap-senyap ada ‘baby’ lain

songsang

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka bahawa perubahan sikap suaminya sejak kebelakangan ini rupa-rupanya berpunca daripada hubungan songsang.

Kisah pasangan ini menjadi tular selepas wanita tersebut mendedahkan penderitaan yang ditanggungnya di Facebook sehingga menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan lebih 3,000 komen ditinggalkan.

“Saya mula rasa pelik bila dia jarang menyentuh saya, tak macam suami isteri lain. Dia selalu keluar malam, katanya jumpa klien. Tapi bila saya siasat, semuanya tak masuk akal,” katanya.

Luah wanita itu, suaminya sering memberi alasan sibuk bekerja dan belum bersedia untuk menimang cahaya mata menyebabkan mereka kurang bersama meskipun sudah lima tahun berkahwin.

Kata wanita itu, bulan lalu secara tidak sengaja dia menemui mesej-mesej romantik dalam telefon suaminya dengan seorang lelaki yang dipanggil ‘baby’.

Lebih mengejutkan, gambar dan video tidak senonoh antara mereka turut ditemui di aplikasi Telegram.

“Saya terkedu. Saya tak sangka suami saya ada hubungan songsang. Patutlah selama ini saya rasa terabai, dia tak pernah nak luangkan masa dengan saya, tak endah langsung bila saya sakit atau sedih,” katanya.

Menurut wanita itu, dia juga telah memfailkan penceraian dan sedang mendapatkan khidmat kaunseling serta sokongan emosi daripada keluarga dan rakan-rakan.

“Suami tak nak lepaskan saya dengan cara baik. Katanya masih sayangkan saya cuma dia masih tak mampu tinggalkan teman lelaki itu. Tapi jujur saya jadi geli bila Allah tunjuk segalanya pada saya. Saya hanya nak berpisah.

“Saya bukan nak buka aib sesiapa, tapi saya rasa para isteri perlu ambil tahu dengan siapa suami kawan, apa suami buat. Kita sudah percayakan suami, tapi lain yang suami balas,” katanya. – https://amiminerals.org/