PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki didakwa menyamar sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di utara, sebelum dipercayai ‘dicekup’ kakitangan hospital tersebut.
Satu video tular memaparkan remaja terbabit yang lengkap memakai uniform berwarna hijau seperti petugas kesihatan sedang memberi penjelasan kepada seorang lelaki dipercayai petugas hospital.
Maklumat dalam video itu menyatakan suspek mempunyai cop nama yang lengkap berserta nama jawatan serta memiliki beberapa peralatan seperti stetoskop didakwa dibeli dari Shopee.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat berhubung tarikh kejadian berlaku.
Dia juga didakwa bertindak sedemikian kerana ingin membantu memberi rawatan kepada pesakit.
Meninjau di ruangan komen, Muhd Rozaimi berkata, ‘Orang kampung ni, dekat ja dengan rumah. Budak ni baik ja tak kacau orang, bual hal sendiri ja, boleh dikatakan anak yang berbakti juga kepada mak dia. Mungkin dia minat nak jadi staf hospital’.
Namun, Anggerik Putih membalas komen itu dengan, ‘Salah tetap salah’ dan Nakkansuasano pula berkata, ‘Betul, tetap salah, buat dia tibai cucuk atau bagi makan ubat salah’.
Selain itu, Nurul Atiqah berkata ‘Kerja KKM ni susah dik, kena maki ja, tak payahlah’.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima laporan polis berhubung kejadian. – https://amiminerals.org/
@awe_donde90 Menyamar Jadi Penolong Pegawai Perubatan.. #kkm #health #ppp #ma #medicineexplained #viral #fyp ♬ bunyi asal – Abg Jiwang_Official