Prk Nenggiri: Ku Li Seru Pengundi Keluar Beramai-ramai Esok

83c1b1ee980a962531c93db69523b68666bc8e0e07198Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ketika sidang media pada Program bertemu Veteran UMNO di Jeram Tekoh, Gua Musang hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 16 Ogos (Iteenews) –Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.

Pengarah PRK itubagi Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah berkata undian pengundi akan menentukan perubahan yang mereka mahukan.

“Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih,” katanyaketika ditemui pemberita selepas Program Perasu Berselawat di Felda Perasu yang turut dihadiri Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, malam tadi.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghanimewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional(PN).

Berpuas hati dengan kerjasama jentera BN sepanjang tempoh dua minggu kempen yang akan berakhir pukul 11.59 malam ini, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata menerusi pemantauan yang dilakukan, beliau mendapati gerak kerja jentera dirancang dan dilakukan dengan baik dan tersusun.

Katanya pihaknya tidak menghadapi masalah besar meskipun terpaksa membahagikan jentera partikepada 20 kumpulan mengikut jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan DUN Nenggiri.

“Ini menandakan bahawa mereka telah melakukan pekerjaan dengan baik, malah ini memberikan harapan yang positif kepada parti. Berdasarkan taklimat yang diadakan, kita tidak menghadapi masalah besar dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu,berkata jentera BNsebelum ini banyak memfokuskan isu rakyat secara nasional. Oleh itu, pada PRK kali ini,mereka lebihmemberi perhatian kepada mencari penyelesaian terhadap masalah tempatan yang dihadapi rakyat di kawasan luar bandar.

“Kita menawarkan untuk berkhidmat bagi kawasan DUN, dan tentunya banyakisu isu rakyat tempatan timbul, jadi kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap soal ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *