Malam Tidak Menjadi Buat Sabah, Tewas 0-1 Kepada Perak

Sabah FC lwn Perak FC Pemain Terengganu FC (TFC) Azam Azmi Murad cuba melepasi pertahanan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) pada saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDAFC) Wan Mohamad Syazmin (kiri) menggagalkan percubaan pemain Terengganu FC (TFC) Muhammad Syahmi Zamri (kanan) pada saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Pemain Negeri Sembilan FC Aliyu Audu Abu Bakar (kanan) cuba merampas bola ketika bersaing dengan pemain Kuching City FC Muhammad Danial Amier Norhisham (tengah) pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Penjaga gawang Negeri Sembilan FC Mohd Muhaimin Mohamad (dua, kanan) menampan bola hasil tendangan pemain Kuching City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Pemain KL City FC Declan Stephen dikasari pemain Kelantan Darul Naim FC Hakimi Abdullah pada Liga Super Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Pemain KL City FC Jovan Motika melakukan percubaan (dua, kanan) sambil diasak pemain Kelantan Darul Naim FC Jasmir Mehat pada Liga Super Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 20 April (Iteenews) — Malam serba tidak menjadi buat Sabah FC apabila tewas 0-1 kepada Perak FC dalam aksi terakhir Liga Super 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalumalam ini.

Sabah dilihat bergelut sepanjang perlawanan apabila deretan serangan mereka berjaya dipatahkan pertahanan pasukan pelawat dannasibmalang menimpa skuad Sang Badak apabila kapten pasukanRawilson Batuil tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-29ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang daripada Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik.

Keadaan bertambah sukar buat tuan rumah selepas pemain pertahanan, R. Dinesh dilayangkan kad merah pada minit ke-42 akibat kekasaran terhadap Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil.

Walaupun The Bos Gaurus terus memberi tekanan pada babak kedua, kedudukan kekal 1-0 hingga tamat permainan namun kekalahan itutidak menjejaskan kedudukan Sabah yang kekal di tangga ketiga dengan 40 mata di belakang juara, Johor Darul Ta’zim (70 mata) dan Selangor (52 mata).

Sementara itu, Terengganu FC (TFC) menang 3-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Terengganu malam ini.

TFC membuka jaringan menerusikapten pasukan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-45sebelum Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menggandakan gol pada minit ke-74 dan Nurillo Tukhtasinov mengesahkan kemenangan pada minit ke-90.

<!––>

Sementara itu hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) melakar kemenangan di laman sendiri pada perlawanan akhir Liga Super lebur apabila tewas 1-3 kepada Kuching City FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam ini.

Kuching City membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti disempurnakan penyerang sensasi Jordan Mintah seawal minit ke-15 berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan NSFC yang menjatuhkan pemain lawan dan disahkan menerusi video bantuan pengadil (VAR).

NSFC terus dihukum apabila kesilapan pertahanan yang gagal mengawal dan menghantar bola dengan baik memberi peluang kepada Petrus Shitembi merampas bola dan menolak kemas ke gawang gol pada minit ke-36 sekali gus meletakkan Kuching City selesa di hadapan pada separuh masa pertama.