Polis kesan waris pemandu Hyundai Sonata BGK 2338 terbakar

Keadaan Hyundai Sonata yang rentung dalam kebakaran di KM65.3 Lebuh Raya Utara Selatan di Pendang malam tadi.

Keadaan Hyundai Sonata yang rentung dalam kebakaran di KM65.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Pendang, malam tadi.

PENDANG – Polis sedang mengesan waris kepada individu yang ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 65.4 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, identiti pemandu kereta jenis Hyundai Sonata itu tidak dapat dikenal pasti ekoran keadaan mayat rentung, selain tiada dokumen pengenalan diri.

“Hasil siasatan lanjut Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah berjaya mendapatkan nombor casis kenderaan terlibat. Semakan kita dengan pemilik kereta jenis Hyundai Sonata dengan nombor pendaftaran BGK 2338 itu telah dijual kepada seorang lelaki pada 2016 tanpa ditukar nama,”katanya di sini hari ini.

Rodzi  berkata, waris kepada individu terlibat atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran dan polis juga sedang mengesan saksi kejadian bagi melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan seorang pemandu yang belum diketahui identiti ditemukan rentung dalam keretanya yang terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 65.3 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, di sini malam tadi. – https://amiminerals.org/