PRK Nenggiri : Keputusan Di Tangan 20,259 Pengundi Esok

b4c3361037a504be635ff1b9a70f0d3866bef9d2997fbKetua Tempat Mengundi Wan Nazaliza Wan Ismail (dua, kiri) membawa peti undi ke Pos Gob dan Pos Simpor menggunakan helikopter ketika tinjauan di Padang Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri yang akan berlangsung esok.PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 16 Ogos (Iteenews) — KeputusanPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan ditentukan 20,259 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi esok, selepas tamat14 hari tempoh berkempen.

Kesemua 20 pusat mengundi melibatkan 46 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petangdengan enam daripadanya mempunyai jumlah pengundi yang sedikit akanditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi akan ditutup pukul 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

Proses penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini dengan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menjangkakan keputusan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam esok.

Jabatan Meteorologi Malaysiamenerusi laman webmeramalkan cuaca cerahsepanjang proses pengundian yang menyaksikan kedua-dua calon, iaitu calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mengundi di tempat sama iaituTabika Sri Bakawali, Bertam Lama.

Nenggiri ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Gua Musang, berkeluasan 235,300 hektar atau hampir dua kali ganda keluasan Melaka.

Berdasarkan statistik SPR, daripada 20,259 pengundi berdaftar, 14anggota polis telah mengundi secara pos yang menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka, manakala secara keseluruhan sebanyak 43 kertas undi pos telah dikeluarkan pada 5 Ogos lepaskepada individu yang berhak.

Bagi membantu melancarkan proses pengundian, seramai 431 petugas SPR, dan seramai 995anggota polis akan bertugas.

PRK DUN Nenggiridiadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelahbekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *