Lelaki \’amuk\’ cedera ditembak pengawal keselamatan

WhatsApp Image 2025 04 20 at 08.54.14

Tangkap layar video tular kejadian itu.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki cedera ditembak selepas mengamuk dengan berparang di kawasan sebuah restoran di Banting di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan adiknya mengamuk di sebuah rumah di Banting, kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

Katanya, anggota polis kemudian bergegas ke lokasi dan membawa lelaki itu ke Hospital Banting bagi menerima rawatan.

“Namun, polis menerima panggilan orang awam memaklumkan ada lelaki mengamuk dengan mengacukan parang ke arah pegawai perubatan, kira-kira pukul 3.31 petang.

“Pengadu memberitahu ada satu tembakan dilepaskan ke arah lelaki itu di kawasan restoran tersebut,”katanya hari ini.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki mengacukan senjata tajam sebelum cedera ditembak individu dipercayai pengawal keselamatan.

Tambah Akmalrizal, pihaknya membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Senjata 1960.-https://amiminerals.org/