KUALA LUMPUR, 20 April (Iteenews) — Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) diJohor dan pusat pemindahan kekal (PPK) diSabah tidak berubah pagi ini.
Di JOHOR,Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa yang masih berlindung di PPSBalai Raya Kampung Batu Badak, Segamatkekal 25 orang daripada sembilan keluargahingga 8 pagi ini.
"Selain itu, kawasan yang masih lagi terjejas ialah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkatahanya Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 8.56 meter iaitu trend menurun.
Beliau berkata cuaca di 10 daerah di Johor diramalkan cerah pagi ini.
Di SABAH,Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort kekal155 mangsadaripada 54 keluarga setakat pagi ini dan berlindung di PPKSelagon.
Sekretariat itu dalam kenyataan memaklumkan sebanyak enam kampung masih terjejas banjirdi daerah itu.
— BERNAMA