PRK Ayer Kuning: MIC Kenal Pasti Hampir 3,000 Pengundi Kaum India Sokong Calon BN

32f4bdd5ca54eec2123e6cbebad2548168032bca30fe0 Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan 3208cea07ed69384fe2def552b62ab4668032d072fb0a Perang bendera antara parti-parti yang bertanding semakin rancak apabila kibaran bendera mula menghiasi sepanjang jalan dan persimpangan utama.Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Marfika Adnan Haris Fadzilah

TAPAH, 19 April (Iteenews) — MIC mengenal pasti hampir 3,000 pengundi kaum India akan memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata ini kerana jentera BN di kawasan Parlimen Tapah bergerak sepanjang masa dalam menyantuni rakyat pelbagai kaum dan bukannya setakat musim pilihan raya sahaja.

"Kita tidak tunggu musim pilihan raya untuk bekerja, kalau ada masalah banjir kilat, jalan rosak atau sekolah perlu bantuan, kita akan turun padang," katanya kepada Iteenews.

Selain itu, beliau berkata semangat perpaduan dalam kalangan jentera parti menjadikan kawasan Parlimen Tapah kekal sebagai kubu kuat BN.

"Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat India, Melayu dan Cina terbukti apabila dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas, ketiga-tiga calon dari MIC, UMNO dan MCA diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat," katanya.

Selain Saravanan yang jugaAhli Parlimen Tapah, dua kerusi DUN di Parlimen itu iaitu Ayer Kuning dan Chenderiang,masing-masing diwakili Allahyarham Ishsam Shahruddin (UMNO) dan Choong Shin Heng (MCA).

Mengulas lanjut, Saravanan berkata keserasian antara parti komponen BN di Tapah menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap, terutama dalam menyelesaikan isu tempatan secara bersama.

Beliau berkata bagi PRK DUN Ayer Kuning ini, BN turut dibantu jentera Pakatan Harapan (PH) yang pastinya akan melonjakkan lagi jumlah undi kepada calon mewakili Kerajaan Perpaduan.