Datuk Afdlin Shauki
KUALA LUMPUR, 19 April (Iteenews) — Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankanjawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada Pemilihan PKR 2025 apabila kalah kepada pencabarnya, Datuk Afdlin Shauki.
Afdlin, yang juga pelakon dan pengarah filem terkenal, menang setelah memperolehsebanyak 631 undi pada pemilihan parti itu peringkat Cabang, yang berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini.
Nik Nazmi, yang juga Naib Presiden PKR,meraih 563 undi.
Keputusan itu diumumkan menerusi laman sesawang rasmi Pemilihan PKR 2025 di https://pemilihan.keadilanrakyat.org.
Afdlinmenyertai PKR pada 2021 danpernah mencuba nasib bertanding jawatan itu pada 2022 namun tewas kepada Nik Nazmi, yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.
Sementara itu, jawatan Naib Ketua Cabang Setiawangsa dimenangi Muhammad Ibrahim Hilmy Noor Mohamed.
Muhammad Ibrahim Hilmy memperoleh 618 undi manakala lawannya, Tukiman Mahat, meraih 557 undi.
Proses pemilihan fasa dua bagi peringkat Cabangitu, yang bermula dari 18 hingga 20 April, membabitkan Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.
Pemilihan fasa satu, yang berlangsung dari 11 hingga 13 April, pula membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.