Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR, 19 April (Iteenews) –Ketua Penerangan PKRDatuk Fahmi Fadzil hari ini menang tanpa bertanding sekali gus mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Lembah Pantai pada Pemilihan PKR 2025.
Keputusan itu diumumkan menerusi laman sesawang rasmi Pemilihan PKR 2025 di https://pemilihan.keadilanrakyat.orgyang turut berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Cabang untuk penggal kedua dan akan memegang jawatan itu hingga 2028.
Perebutan jawatan Timbalan dan Naib Ketua Cabang Lembah Pantai juga dimenangi tanpa bertanding masing-masing olehAbdullah Izhar Mohamed Yusof serta Chan Phooi Lai.
Pada 17 Mac lepas, Fahmi berkatatiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan itu sehingga tempoh pencalonan tamat.
Beliau turut mengesahkan bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mei ini.
Sementara itu,Setiausaha Politik kepada Perdana MenteriDatuk Azman Abidinmengekalkan jawatan Ketua Cabang Bandar Tun Razak tanpa bertanding.
Di PAHANG, seorang lagi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota.
Proses pemilihan fasa dua bagi peringkat Cabangitu, yang bermula semalam hingga 20 April, membabitkan Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.