Lain macam Meerqeen tengok Qasrina

MEERQEEN

MEERQEEN dan Qasrina, dua bintang muda yang sedang meniti di bibir ramai.

KEMESRAAN aktor kacak, Meerqeen dengan Qasrina Karim semakin menjadi-jadi.

Walaupun ramai mengatakan kononnya keakraban ditonjolkan dalam media sosial hanya strategi pemasaran semata-mata, wujud kelompok peminat mendoakan agar hubungan mereka ‘dihalalkan’ segera sebagai suami isteri.

“Pejamkan mata dan bayangkan Meerqeen liked your comment.

“Plot twist: Mereka berdua berjodoh dalam kehidupan sebenar,” demikian antara usikan peminat.

Meerqeen dan Qasrina dilihat banyak menghabiskan masa bersama kerana terikat dengan komitmen drama Thariq Ridzuwan: His Treasure.

Dalam satu muat video di TikTok, pandangan mereka saling ‘terkunci’ (locked eyes) sebelum Meerqeen berlalu pergi menamatkan rakaman klip terbabit.