KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Iteenews) — Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 16 Sept 2024 sempena sambutan Maulidur Rasul dan cuti umum Hari Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, bursa berkata operasi termasuk aktiviti dagangan dan penyelesaian, akan bersambung semula seperti biasa pada Selasa, 17 Sept.
— BERNAMA