JAKARTA – Sekumpulan penduduk kampung bertindak menggali lapan makam yang dianggap keramat di Kampung Barilimus, Sukaresmi dalam wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Banjarmasinpost semalam.
Penggalian yang dilakukan turut dipantau oleh anggota polis dan tentera.
Ketua Desa Cikancana dikenali sebagai Nanang berkata, penggalian itu dilakukan selepas proses musyawarah dengan berbagai pihak dan mendapatkan persetujuan pemilik tanah.
Menurutnya, tindakan menggali itu dilakukan kerana makam-makam palsu tersebut meresahkan masyarakat.
“Ini bukan makam. Hanya batu-batu yang disusun. Tidak ada isinya, ini makam palsu,” kata Nanang di lokasi pembongkaran.
Menurutnya, makam-makam palsu berada di kampung tersebut selama dua tahun.
Sementara itu, pengurus Majlis Ulama Indonesia cawangan tempatan, Ade berkata, makam-makam palsu tersebut berpotensi merosakkan akidah masyarakat. – AGENSI