Pengantin baharu ditutupi wang kertas 

geli gaun

Pakaian pengantin ditutupi kalungan wang kertas yang dipakaikan oleh tetamu. – TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu mengundang perhatian ramai apabila mereka dipakaikan berpuluh-puluh kalungan wang kertas mencecah ratusan juta rupiah, lapor portal berita Satu semalam. 

Majlis pernikahan itu berlangsung di Bangkalan, wilayah Jawa Timur. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aimatuzz_wedding memaparkan tetamu memakaikan kalungan wang bernominasi 50,000 rupiah (RM14) dan 100,000 rupiah (RM27) kepada kedua-dua mempelai di atas pelamin. 

Kalungan itu terlalu banyak sehingga menutupi gaun dan sut yang dipakai oleh pengantin. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 815,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bukan dikelilingi hutang, tetapi dikelilingi wang,” kata seorang netizen. 

“Pengantin perempuan sampai susah untuk bergerak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI