Sarawak Catat Jumlah Perdagangan RM193.4 Bilion, Pertumbuhan Eksport Ketara Pada 2023

d4946dab9ad042222f46b4a025c0e4fc66bf568a04ff9Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua, kanan) pada gimik pelancaran Hari Eksport Sarawak 2024.Turut hadir ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Mohammad Medan Abdullah (kanan) dan Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais (dua, kiri).

KUCHING, 16 Ogos (Iteenews) –Sarawak merekodkan jumlah perdagangan RM193.4 bilion tahun lepas, dengan nilai eksport RM130.8 bilion manakala import pada RM62.6 bilion.

Timbalan Premier SarawakDatuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dagangan utama ialah bahan api mineral, minyak sawit serta produk elektrik dan elektronik, manakala import utama ialah barangan perantaraan, penggunaan dan modal.

“Eksport utama dari Sarawak pada 2023 daripadaperlombongan bernilai RM76.9 bilion, pembuatan pada RM35.8 bilion dan pertanian sebanyakRM17.4 bilion.

“Beberapa penyumbang utama termasuk gas asli cecair (LNG), petroleum mentah dan kondensat bernilai RM76.9 bilion, logam, kayu, kimia serta produk elektrik dan elektronik bernilai RM31.4 bilion,minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM16 bilion,”katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata demikian pada majlis perasmian Hari Eksport Sarawak 2024 di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Mohd Medan Abdullah berkata tahun lepas, Sarawak merupakan penyumbang keempat terbesar kepada jumlah eksport negara, sebanyak 7.9 peratus.

Beliau berkatasektor utama yang mencatatkanpertumbuhan eksport positif meliputi bahan api mineral, pelincir, barangan perkilangan, minyak dan lelemak haiwan dan sayuran, bahan mentah, makanan yang tidak boleh dimakan dan tersedia.

“Berdasarkan pangkalan data pengeksport Matrade setakat 31 Julaitahun ini, sebanyak 13,454 syarikat tempatan telah berdaftar dengan Matrade, dengan 283atau 2.1peratusadalah dari Sarawak.

“Daripada jumlah ini, 221 (78 peratus) diklasifikasikan sebagai perusahaan mikro, kecil dan sederhana, manakala selebihnya terdiri daripada perusahaan peringkatpertengahan dan besar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *