Wanita bertudung ‘edit’ resit pembayaran 

geli edit

Tangkap layar menunjukkan seorang wanita menyunting resit pembayaran di sebuah pusat beli-belah di Indonesia. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita mengundang perhatian ramai selepas menyunting resit pembayaran ketika berbelanja di sebuah pusat beli-belah di Jakarta Selatan, lapor portal berita NTV semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) di Pusat Beli-belah Pondok Indah 2 pada 11 April lalu. 

Penipuan itu terbongkar selepas pekerja kedai melihat semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di platform Instagram.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita bertudung itu dilihat menyunting resit pembayaran sebelum ditunjukkan kepada pekerja tersebut.

Dia kemudian beredar sambil membawa barangan yang dibeli tanpa melakukan sebarang transaksi. 

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Nurma Dewi berkata, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan. – AGENSI