[VIDEO] Zahnita dan Abd. Zackery tiba di Mahkamah Syariah pukul 8.55 pagi

WhatsApp Image 2025 04 18 at 09.57.53 9407bcb0

ZAHNITA tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Kuantan di Kuantan.

KUANTAN – Bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan di sini hari ini bagi sebutan semula melibatkan tiga kes.

Zahnita yang berpakaian jubah biru muda diiringi abangnya tiba pada pukul 8.55 pagi manakala Abd Zackery Ghouse,47, tiba sejurus kemudian.

Tiga kes yang akan disebut ialah tuntutan atau permohonan perceraian, permohonan perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadhanah atau hak lawatan serta hak bermalam terhadap anak-anaknya.

Terdahulu, Zahnita pada 2 Disember tahun lalu berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suami sendiri selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Susulan itu, pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.
Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Zahnita kemudiannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember tahun lalu.

Kemudian pada Mac lalu, Zackery memaklumkan pihak mahkamah menggugurkan tuduhan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya selain mendapat hak lawatan dan bermalam.

Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.- https://amiminerals.org/

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)