Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berucap ketika hadir bagi membantu calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir berkempen pada Program Taqarrub sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Taman Bidor Botani malam ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
TAPAH, 16April (Iteenews) –UMNO turun padangdenganstrategi‘man-to-man marking’ dalam memenangi hati pengundi padaPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pendekatan itu dilihat lebih efektif dalam membina hubungan peribadi serta keyakinan pengunditerhadap calon Barisan Nasional (BN).
“Kita buat man-to-man marking, seorang (jentera) jaga 10 (pengundi), kerana ia lebih efektif,sebab itu kita tidak banyak buat ceramahmega dan ceramah,”katanya pemberita ketika ditemui sedang berkempen bersama calon BNDr Mohamad Yusri Bakir di Taman Bidor Botani di sini malam tadi.
Beliau berkata kempen BN jugabersifatpolitik matangtanpa menyerang peribadi lawan.
PRK Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antaraMohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).