Berehatlah Pak Lah – PM

pak lah pm

Antara gambar yang dikompilasikan dalam video dimuat naik di Facebook Anwar.

PETALING JAYA – “Berehatlah, Pak Lah.”

Demikian ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemergian Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau memuat naik video berdurasi 57 saat menggabungkan beberapa keping gambar bersama Perdana Menteri ke-5 itu.

“Sosok Pak Lah pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada rakyat dan negara.

“Berehatlah, Pak Lah. Malaysia ternyata terhutang budi atas jasa sang negarawan yang membumi,”tulisnya di ruangan kapsyen.

Anwar hadir di Masjid Negara Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.46 tengah hari tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah.

Anwar diiringi anak sulung Allahyarham, Tan Sri Kamaluddin.

Allahyarham Tun Abdullah, 85, selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada pukul 2.30 petang.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara pada pukul 7.10 malam selepas mengalami masalah pernafasan. – https://amiminerals.org/