Gambar fail Iteenews
TAPAH, 15 April (Iteenews) — Sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dirancang untuk diwujudkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUNAyer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir berkata usaha berkenaan sebelum ini telah dimulakanbekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Allahyarham Ishsam Shahruddin.
Mohamad Yusri yang pernah menjadi guru dan pensyarah, berkata beliauakan berusaha merealisasikan perkara berkenaan sekiranya diberikan mandat oleh pengundi pada 26 April ini.
“Perkara inisudahada dalam perancangan, kita akan usahakan supaya institusi pendidikan ini menjadi antara agendapenting untukkitamengubah kualitihidup masyarakat terutamanya di kawasan ini,”katanya kepada pemberita selepas berkunjung ke Pasar Awam Ayer Kuning di sinihari ini.
Turut sertaTimbalan Presiden MCADatuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.
Mengulas perkembangan kempennya yang memasuki hari keempat hari ini,Mohamad Yusriberkata beliau telah menemui lebih 50 peratus pengundikawasan Ayer Kuning.
Beliau berkatastrategi berkempen secara turun padang dan mendengar permasalahankomuniti setempat terbukti berkesan dalam mendekati pengundi dan menyampaikan mesej BN.
“Sokongan pengundi dilihatpositif daripada semua kaum, khususnya pengundi bukan Melayu yang semakin terbuka menerima perjuangan BN,” katanya.
PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematianIshsam akibat serangan jantung pada 22 Feb, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.