Menteri Besar Pahang yang juga pengerusi Barisan Nasional Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bercakap kepada media ketika hadir berkempen membantu calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir sempena Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning di Simpang Tiga hari ini.
TAPAH, 15 April (Iteenews) — Naib Presiden UMNODatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan tindakan Perikatan Nasional (PN)menggunakan gambar seorang ahli UMNO dalam bahan kempen tanpa kebenaran sebagai cubaan mengelirukan rakyat.
Menteri Besar Pahang itu berkata ia jugabukti jelas pembangkangtidak profesional selain mencerminkan kegagalan mereka untuk mengetengahkan idea dan perancangan sendiri bagi memenangi hati pengundi.
“Belum dipilih lagi sudah cuba mengelirukan rakyat menggunakancara yang jelas bertentangan dengan peraturan-peraturansedia ada,” katanya kepada pemberita selepasmelawatPusat Daerah Mengundi Simpang Tiga bersama calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakirdi sini hari ini.
Beliau berkatasetiap penggunaan gambar, nama dan lambang berkaitan mana-mana individu atau parti sepatutnya mendapat kebenaran terlebih dahuluselaras dengan etika serta peraturan kempen pilihan raya.
Jurucakap polis Perak bagi PRK DUN Ayer Kuning SAC Zaharudin Rasip pula memaklumkan pihaknya menerima laporan daripadaseorang wanita berusia 42 tahun yang mendakwa gambar suaminya bersama calon PN dicetak menjadi poster tanpa kebenaran dan digunakan dalam kempen.
PRK DUN Ayer Kuning, yang diadakan susulan kematian Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antaraMohamad Yusri, Abd Muhaimin dan calon PSM Bawani KS.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 April sebagai hari mengundibagi PRK itu manakala pengundian awal pada 22 April ini.