Chang Lih Kang (kiri) dan Datuk Seri Aminuddin Harun (kanan)
KUALA LUMPUR, 14April (Iteenews) — Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Tanjong Malim pada Pemilihan PKR 2025 di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, yang berlangsung semalam.
Kemenangan Chang yang diperoleh tanpa bertanding itu diumumkan menerusi laman rasmi Pemilihan PKR 2025 di https://pemilihan.keadilanrakyat.org hari ini.
Selain itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pulamempertahankanjawatan Ketua Cabang PKR Port Dickson bagi penggal keduapada pemilihan peringkat cabang parti itu.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR memperoleh 2,147 undi, menewaskan pencabarnya, bekas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan Datuk M. Ravi, yang memperoleh 1,098 undi.
Di PERAK,Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, yang bertanding di Cabang Padang Rengas pada Pemilihan PKR 2025, berjaya memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Padang Rengas.
Muhammad Kamil yang merupakan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua AMK cabang itu memperoleh 532 undi,menewaskan pencabarnya Lukman Yahaya yang hanya meraih85 undi, manakala Zaini Hasan kekal menyandang jawatan timbalan ketua cabang tersebut.
Mengulaskemenangan berkenaan, Muhammad Kamil berkata ia bukan sesuatu yang perlu dibanggakan,sebaliknya mandat itu harus digunakan sebaiknya dalam memastikan pimpinan serta ahli parti di peringkat cabang lebih berdaya saing dalam pelbagai aspek.
Katanya usaha mempersiapkan jentera parti di peringkat cabang juga akan diberi tumpuan bagi memastikan Kerajaan Perpaduan terus kekal mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.
“Ia bukan satu tugas mudah dan persediaan menuju ke PRU16 juga antara perkara pokok yang harus diberi penumpuan kerana ia merupakan penanda aras bagi kita untuk mengekalkan legasi Kerajaan Perpaduan ini,” katanya ketika dihubungi Iteenews, hari ini.