Nanthakumar kini ketua jurulatih NSFC

K. NANTHAKUMAR

NANTHAKUMAR kini memikul tugas sebagai ketua jurulatih NSFC susulan penstrukturan semula barisan kejurulatihan pasukan tersebut.

SEREMBAN – Penolong ketua jurulatih pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) iaitu K. Nanthakumar dinaikkan pangkat dan kini memikul jawatan ketua jurulatih NSFC yang sebelum ini diisi oleh Azzmi Ab. Aziz.

NSFC menerusi kenyataan malam ini memaklumkan, pertukaran tersebut sebahagian proses penstrukturan melibatkan perubahan barisan kejurulatihan pasukan Liga Super NSFC.

“Selepas pertimbangan yang teliti, pihak pengurusan NSFC bersetuju bahawa penstrukturan semula adalah perlu untuk memastikan kelab kekal berdaya saing di peringkat Liga Super.

“Pihak kelab akui akan cabaran yang bakal dihadapi untuk kelab melakukan perubahan, tetapi masih yakin langkah ini penting untuk kekal kompetetif,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, menurut NSFC, Nanthakumar juga akan akan dibantu oleh penolong ketua jurulatih yang baharu iaitu Efendi Abdul Malek dan K. Rajan.

Megat Amir Faisal pula akan kembali menggalas tugas sebagai jurulatih penjaga gol pasukan. Jawatan pengarah teknikal yang sebelum ini disandang oleh Efendi akan diambil alih oleh Azzmi.

“Pihak kelab juga kekal komited terhadap perancangan jangka Panjang yang telah direncanakan pada awal musim meliputi aspek pembangunan, serta objektif yang ingin dicapai pada masa hadapan,” menurut NSFC.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan Liga Super, NSFC kini di kedudukan 12 daripada keseluruhan 13 pasukan dengan mengutip hanya tiga mata hasil satu kemenangan dan enam kekalahan. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *