Calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir ketika mengadakan tinjauan mesra sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Pasar Tani Tapah, hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir (dua, kiri) beramah mesra bersama para peniaga ketika mengadakan tinjauan mesra sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Pasar Tani Tapah, hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir (kanan) beramah mesra bersama penduduk setempat ketika mengadakan tinjauan mesra sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Pasar Tani Tapah, hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
TAPAH, 13 April (Iteenews) — Memasuki hari kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, calon Barisan Nasional (BN)Dr Mohamad Yusri Bakir menerima suntikan semangatapabila mendapat reaksi positif pengundi di kawasan dikunjunginya.
Antarapengundi yang beliau temuiadalah di kawasan Changkat Petai, Tanjong Keramat, Kampung Raya dan Kampung Batu Tiga.
"Alhamdulillah, saya sangat teruja kerana di semua tempat yang saya kunjungi mendapat sambutan yang saya kira satu rangsangan baik kepada kita di pihak BN," katanya ketika ditemuipemberita selepas mengadakan tinjauan mesradi Pasar Tani Tapah di sinihari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Yusri berkata beliau akan melihat keperluan dalam membantu peniaga meningkatkan pendapatan diDUN berkenaan.
"Kita perlu menyediakan prasarana dan sebagainya sertasentiasa berusaha (membantu peniaga). Kerajaan sentiasa berusahamemastikanpeniaga iniberada dalam keadaan yang baik," katanya.
Mengenai cadangansupaya DUN Ayer Kuningdimajukan dalam sektor pertaniankhususnya sebagai hab sayur-sayuran menerusi konsep rumah hijau,Mohamad Yusri berkata ia satu cadangan yang baik dalammeningkatkan taraf ekonomi penduduk di daerah Batang Padang, khususnya DUN Ayer Kuning.
Sebelum ini, Iteenews melaporkan pemimpin komuniti di DUN berkenaan menyatakan kawasan itu berpotensi dimajukan dalam sektor pertanian sebagai tambah nilai kepada aktiviti perladangan kelapa sawit yang menjadi sumber utama ekonomi penduduk kerana memiliki tanah yang subur.
PRKDUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan berikutankematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calonPerikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.