Kredit: FB – Kedah Darul Aman FC
ALOR SETAR, 13 April (Iteenews) –Ketua jurulatih interim Kedah Darul Aman FC (KDA FC)Victor Andrag bersyukur meskipun pasukannyahanya meraih satu mata dalam perlawanan bertemu Sabah FC di Stadium Darulaman di sini, malam tadi.
Beliau berkata ia sudah cukup memberi motivasi kepadapemain yang telah menunjukkan tahap profesionlisme tinggi dan berjaya mengenepikan masalah dihadapi demi mendapat keputusanterbaik buat pasukan.
“Sudah tentu saya bersyukur dengan keputusan yang diperolehmalam ini, satu mata yang cukup berharga dalam keadaan pasukan yang banyak kekurangan dan kita masih mampu lakukan yang terbaik malam ini.
“Kita mengharungi keadaan yang sukar dan perjalanan ini bukan sesuatu yang mudah. Hari demi hari, kalah satudemi satu, perlawanan demi perlawanan bukan mudah untuk kami dapat kemenangan.
“Bagi pemain yang datang latihan, saya hargai setiap titik peluh mereka dantak ada apa yang boleh saya katakan, begitulah penghargaan saya kepada pemain,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC dan Sabah FC terikat 1-1 malam tadi.
Tambah Victor,dugaan yang dihadapi bersama pasukan sejak mengambil alih daripada bekas jurulatih Nafuzi Zain pada November tahun lepas turut meninggalkan banyak kenangan yang diharungi bersama hingga hari ini.
<!––>
“Awak semua boleh tengok berapa lama kami dalam kekurangan danberapa lama kami bangun bersama dalam satu keluarga,saya tak ada perkataan nak terangkan bagaimana sayangnya saya pada pasukan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah FC Martin Stano berkatapasukan Kedah memberi tentangan yang kuat dan keputusan 1-1 mengecewakannya keranagagal dalam misi mengutip tiga mata penuh.
Martin berkata tumpuan kini kepada baki perlawanan seterusnya di Likas yang dianggap penting bagi membolehkan pasukan itu kekal di tempat ketiga liga sebelum jadual perlawanan musim ini berakhir.