Pengundi membuat pendaftaran sebelum melaksanakan pengundian secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.Di Melaka, sebanyak 11,318 ahli PKR akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pemilihan PKR 2025 dan ia membabitkan 1,627 pengundi di Cabang Melaka Tengah, Alor Gajah (2,495 pengundi), Tangga Batu (1,667 pengundi), Hang Tuah Jaya (3,558 pengundi), Kota Melaka (1,200 pengundi) dan Jasin (771 pengundi).– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 12 April (Iteenews) — Kira-kira114,318 ahli PKRhari ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk Pemilihan PKRdi peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang melibatkan negeri Selangor, Melaka dan Perlis.
Proses pemilihan pimpinan cabang di tiganegeri itu berjalanlancar dengan jangkaan pengumuman keputusan undian dibuat malam ini.
Timbalan PengerusiPKR Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata kira-kira 98,000 ahli terlibat dalam proses pengundian bagi negeri berkenaan, dengan ramai antara merekamemilih menggunakan kaedah pengundian secara dalam talian kerana ialebih memberi ruang sendiriuntuk mengundicalon pilihan mereka.
“Kira-kira 98.5 peratus ahli dijangka membuat pemilihan calon secara dalamtalian, manakala bakinya dibuat secara fizikal,mungkin membabitkan mereka yang kurang faham dengan sistem baharu atau pun warga emas.
“Setakat ini suasana pemilihan di Selangor berjalan dengan lancar dan kita jangka jika keadaan ini berterusan, mungkin di sebelah malam keputusan pemilihan hari ini akan diketahui,” katanya ketika dihubungi Iteenews.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Muhammad Asri Ibrahim pula berkata 11,318 ahli PKR di Melaka melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi calon pilihan mereka.
Beliau berkata ia membabitkan 3,558 pengundi bagi Cabang Hang Tuah Jaya, Alor Gajah (2,495), Tangga Batu (1,667), Melaka Tengah (1,627), Kota Melaka (1,200) manakalaJasin (771).
"Daripada 11,318 ahli itu, 94 pengundi akan melaksanakan pengundian secara fizikal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kerana membabitkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) manakala selebihnya secara dalam talian.
"Pemilihan pada pagi ini berjalan lancar setakat ini kerana pemilihan dilaksanakan secara dalam talian dan kita menjangkakan keputusan pemilihan diumumkan seawal 7 malam selepas proses pengundian ditutup pada 5 petang ini," katanya.