Anak cedera dihempap keranda dalam kubur

mir 1

SEORANG anak ditimpa keranda bapanya. – Foto 6abc

WASHINGTON –  Seorang anak cedera teruk selepas keranda berisi jasad bapanya yang dibawa oleh beberapa orang, jatuh ke dalam kubur dan menimpa mangsa, lapor laman berita The Mirror.

Kejadian berlaku di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Beberapa orang membawa keranda berisi jasad Benjamin Aviles di Tanah Perkuburan Greenmount selepas dia mati mengejut akibat  komplikasi daripada masalah jantung. 

Anak lelakinya dan beberapa lagi orang terjatuh daripada platform di tepi kubur. 

Ahli keluarga mendiang yang terkejut sempat merakam kejadian itu,  manakala terdapat penonton yang ketakutan susulan insiden tersebut.

Lelaki-lelaki yang membawa keranda itu turut mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan belakang badan mereka. 

“Keranda itu menimpanya sebelum dia bangkit semula dari tanah yang berlumpur,”kata anak tiri Benjamin, Maribelle Rodriguez kepada saluran berita ABC6. 

Keluarga Benjamin percaya kejadian itu berpunca daripada kecuaian pihak pengurusan tanah perkuburan dan ‘rumah’ pengebumian, selain menyalahkan platform yang daif. – AGENSI