PRK Ayer Kuning: Semua 24 Bahagian MCA Perak Bantu Kempen Calon BN

5737577042e66ac8dc07f503fb833e1267f8fbd5c874d Kredit : FB Wee Ka Siong be65a3a7e3fa92598c13096fc79c464667f8fbfe54177 Kredit : FB Wee Ka Siong

TAPAH, 11 April (Iteenews) — Kesemua 24bahagian MCA di Perakdigerakkan bagi membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) padaPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata parti ituakan menggunakan pelbagai kaedah untuk menambat hati pengundi di kawasan DUN berkenaan.

“Terdapat pelbagai carakerana pada masa ini tidak hanya terhad kepada kempen dari rumah ke rumah. Media sosial adalah satu daripadanya, selain sudah tentunya pendekatan peribadi juga amat penting, kita tidak boleh mengabaikan mana-mana pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bilik Gerakan MCA untuk kempen PRK Ayer Kuning di Bidor dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon sertaNaib-Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng,Datuk LimBan Hong danDatuk Lawrence Low Ah Keong.

BN mempertaruhkanSetiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada esok dan pengundian awal pada 22 April.