TAPAH, 12 April (Iteenews) — Pekan Tapah yang kebiasaannya tenang pada hujung minggu bertukar meriah dan hiruk-pikuk dengan kehadiran pemimpin serta penyokong parti-parti politik sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung di Dewan Merdeka di sini, hari ini.
Cuaca cerah pagi ini turut membantu melancarkan perhimpunan pemimpin dan penyokong parti yang mula berkumpul seawal 7 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada bakal calon masing-masing.
Calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Mohamad Yusri Bakir, merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, tiba di kawasan berkumpul penyokong BN pada 7.08 pagi, lengkap berpakaian baju Melayu dan bersampin biru.
Turut hadir memberikan sokongan ialahPengerusi BN merangkap Presiden UMNODatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN PerakDatuk Seri Saarani Mohamad,danNaib Presiden UMNODatuk Seri Johari Abdul Ghani.
Sokongan turut dizahirkan pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan, antaranya Presiden AmanahDatuk Seri Mohamad SabudanPengerusi DAP PerakNga Kor Ming.
Sementara itu, bakal calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek, yang juga Pengerusi PN Tapah, hadir bersama rombongan penyokongnya termasukTimbalan Presiden PASDatuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Timbalan Presiden BersatuDatuk Seri Hamzah Zainuddin.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.
PRK ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.